entah yang mana satu ingin disentuh dulu... semuanya membuatkan hariku tak berapa
hangat. kekalahan harimau muda kepada pasukan bahrain semalam tidak membuatkan semangat keMalaysiaanku menurun. bukannya apa... memperlihatkan semangat melawan sudah menunjukkan 'TANDA' mereka akan bangkit... yang pastinya bukan dalam pusingan ke-3 kelayakkan sukan olimpik London. sekalung tahniah kepada pemain No7(irfan fazail) skuad harimau muda dan pemain No9 dan No10 (Nazmi)... permainan anda memang terbaik tetapi saiz
(takpa... kecil2 cili padi. hahaaaa)
ketinggalan 3-0 kepada skuad chelsea diawal-awal permainan membuatkan aku gusar... sudah keringkah idea sir Alex? ditambah lagi dengan
kecederaan serius Luis Nani, yang membuatkannya terpaksa bercuti panjang... 2 gol united datangnya daripada sepakan penalti ditambah lagi dengan jaringan lewat 3 perlawanan semuanya datangnya daripada sepakan penalti.
pemain baru yang dibawa masuk oleh sir Alex baru2 ini menampakkan sedikit tanda-tanda kebangkitan. namun lewat kebangkitan red devils memaksa skuad
chelsea terpaksa berpuas hati dengan berkongsi mata 3-3... hebattt sir alex!
cuti umum ini memberikanku peluang untuk menonton filem
'buatan semula' Azura 2012. Diotak lebih kepda melihatkan lakonan pertama
neelofa dan sejauhmana hebatnya versi baru filem ini selepas diarahkan oleh
pengarah tersohor Malaya... Aziz M. Osman. satu saja yang aku ingat... Gincu merah menyala yang dipakai oleh bonda Afida es (mak aziz!) memang menangkap... haha yang lain? kurang menangkap otaklah... ditambah dengan background muzik versi baru yang editnya sangat hampeh!... lokasi luar negara seperti Paris dan London tak banyak membantu... selain daripada mahal sesuai untuk pengarah nak pergi honeymoon 'free' ... (aku teka ja!)bila nak dibandingkan dengan versi Azura 1984 sangat jauh... Ogy dan Jamal jauh lebih 'daring'. dan Maksu dulu yang lebih menyakitkan hati... saat azura dihalau dari rumah (versi baru lakonan erma fatimah) saat azura dulu basah dek hujan dan bekerja gerai maksunya. (lebih tangkaplah lelehlah!) tapi kredit untuk wajah cantik neelofa yang sepanjang lakonan memakai 'bulu mata palsu'. memang dia sangat cantik! seksi.... heheeeeheee
poster filem Azura 1984
poster filem Azura 'remake' 2012
Azura a.k.a Neelofa
0 ulasan:
Post a Comment